syamil
smk.bukit selambau.sungai petani,kedah
Thursday, January 14, 2010
Friday, October 2, 2009
memusnah ladang sawit haram
Memusnah ladang sawit haram
SELAMA berdekad-dekad, bunyi bising gergaji di Taman Negara Indonesia hanya menandakan satu perkara iaitu aktiviti pembalakan haram yang 'meratah' kawasan hutan. Sekarang, bunyi bising gergaji membawa berita baik kepada masyarakat setempat. Semuanya kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha menghalang pertumbuhan perladangan kelapa sawit secara haram di kawasan hutan hujan terlibat.
Tindakan itu juga dipercayai mampu mengekang masalah pembasmian hutan tanpa kawalan, selain mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida. Penghentian aktiviti pembalakan untuk aktiviti perladangan kelapa sawit turut menyumbang kepada pemuliharaan ekologi alam yang terpenting di hutan tropika serta habitat haiwan.
Dalam tindak balas pertama dan cukup efektif, beberapa buah badan bukan kerajaan iaitu Agensi Pemeliharaan Aceh (Bpkel) dan pasukan polis telah berganding bahu untuk menghapuskan puluhan ribu ladang kelapa sawit. Ia beroperasi secara haram di ekosistem Leuser seluas 2.5 juta hektar.
|
|
"Spekulator perladangan, pemaju atau tak kira apa jua panggilan yang diberi bertindak membangunkan kawasan tersebut dengan sewenang-wenangnya," kata Mike Griffiths dari Bpkel, sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Gabenor Aceh, Yusuf Irwandi. Bpkel menguruskan Leuser sejak 2006 setelah wilayah yang terletak di bahagian utara Sumatera itu meraih mandat besar dari Jakarta, Indonesia.
"Mereka buat apa sahaja sesuka hati. Masuk hutan, tebang pokok dan tanam tanaman seumpama ini seperti kawasan mereka sendiri," katanya.
Setahun selepas Indonesia mengambil alih gelaran pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia daripada Malaysia, ratusan peladang haram dipercayai menjadi dalang kepada kekuasaan sumber itu. Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2007 mendapati penukaran status hutan kepada penanaman kelapa sawit menjadi punca utama penebangan hutan.
Situasi itu wujud di 37 daripada 41 taman negara di Indonesia. Leuser, hutan hujan terbesar di Sumatera dan habitat semula jadi terakhir bagi harimau Sumatera, gajah, orang hutan dan badak sumbu yang berada di ambang kepupusan, diklasifikasikan sebagai hutan yang paling terjejas teruk.
Badan-badan pengelolaan industri kelapa sawit seperti Persatuan Kelapa Sawit Indonesia (Gapki) bertegas supaya semua operasi perladangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan sesiapa sahaja yang melanggari arahan itu akan dikenakan tindakan keras.
Di Leuser, sebanyak 11 estet dikenal pasti di kawasan seluas 12,000 hektar dan ia merupakan sejumlah kecil daripada 50 perladangan haram seperti mana yang diadu oleh Bpkel. Badan-badan bukan kerajaan di Aceh menyalahkan kegiatan rasuah menjadi penyebab utama.
Poket pegawai penguat kuasa diisi dengan wang sogokan bernilai jutaan rupiah bagi mendapatkan tawaran atau dokumen sokongan sah. Bagaimanapun, pegawai perhutanan menyatakan kekaburan maklumat dan kekeliruan adalah faktor penggalak penularan rasuah.
Peta yang tidak jelas, pertindihan hak milik tanah dan percanggahan kawasan penguasaan antara penduduk tempatan, syarikat dan wakil kerajaan menyukarkan kerajaan menentukan sempadan hutan. Ini termasuk hutan Leuser yang diwartakan di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
|
|
"Sempadan ini tidak bersamaan dengan keluasan kawasan di atas tanah," ujar Syahyahri, Ketua Jabatan Perhutanan Aceh Tamiang.
"Penduduk kampung tidak tahu siapa yang memiliki hutan ini kerana tidak pernah lihat di atas peta. Baru sekarang, kita kumpul maklumat untuk membina sempadan tetap," ujarnya.
Industri kelapa sawit Indonesia juga dipersalahkan bagi pembebasan berbilion-bilion tan karbon dioksida ke ruang udara. Selain itu, penghantaran dan pembekalan minyak sawit ke negara luar bagi industri coklat, syampu, sabun dan minyak biologi turut menyebabkan pengguna terdedah kepada risiko ramuan yang tidak sah.
Memandangkan isu itu telah menjadi tajuk utama sejak sekian lama, kini wujud satu pertimbangan serius ke atas impak yang ditinggalkan pada alam sekitar dan struktur sosial.
Selain penarikan keluar sumber pelaburan, syarikat Cadbury di New Zealand telah menghentikan penggunaan minyak sawit setelah ditentang oleh sekumpulan pejuang aktiviti penebangan hutan.
Namun begitu, bagi sesetengah pihak yang lain, aktiviti pembalakan itu seperti sesuatu yang boleh diterima akal.
Dengan banyak tanah sah yang telah diperuntukkan untuk tujuan tertentu, penguatkuasaan yang lemah, sumber tenaga kerja yang amat besar di kawasan terpencil dan harga minyak sawit yang tinggi, ia menjadi faktor pendorong semua itu terjadi. - Reuters
konvoi kerena mini
Konvoi kereta mini
Oleh Mushtak Ahmad Mustaffa
rencana@kosmo.com.my
rencana@kosmo.com.my
Kereta mini merupakan sebuah kenderaan bersaiz kompak yang mula meniti di bibir peminat di Britain sekitar tahun 1959 hingga 2000. British Motor Corporation (BMC) selaku pengeluar dan pengedarnya mengambil inisiatif dengan memperkenalkan reka bentuk yang menjimatkan dengan enjin pacuan empat roda. Ia kemudian menjadi salah sebuah kereta berpengaruh sekitar abad ke-20 di Eropah.
Cetusan idea Sir Alec Issigonis (1906-1988) dengan memperkenalkan rekaan dua pintu untuk BMC telah memberi inovasi dalam penciptaan kereta di peringkat antarabangsa. Beberapa model utama termasuk Mini Club Man, Mini Moke, Versi Mini Cooper dan Cooper S. merupakan jenama pilihan para pembeli dan kalangan peminatnya.
Di Malaysia, kenderaan itu turut mendapat tempat dalam kalangan peminat melalui penubuhan kelab kereta mini. Salah seorang pemilik kereta tersebut, Saidin Sharif, mulai menyertai hobi memiliki kenderaan tersebut sejak beberapa tahun lalu. Bertugas sebagai seorang guru, minat itu menyebabkan Saidin popular dengan nama Mr. Dean iaitu gelaran yang hampir mempunyai persamaan dengan watak Rowan Atkinson dalam siri televisyen popular, Mr. Bean.
Menurutnya, antara aktiviti yang digerakkan oleh kelab itu adalah mencari harta karun, perarakan ke rumah pengantin, pameran kelab, lawatan muhibah dengan kelab kereta mini dari negeri-negeri lain dan sebagainya. Saidin yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu itu mengakui dia perlu bijak membahagi-bahagikan masa di antara aktiviti kokurikulum di sekolah dan aktiviti 'kokurikulum' kelab kereta mini yang sentiasa padat dengan pelbagai program.
Katanya, memandu kereta mini yang comel itu turut mengundang minat kanak-kanak terutama apabila dia memandu di kawasan kampung.
Dia yang juga Setiausaha Kelab Pemilik Kereta Mini Terengganu (TMOC) berkata, pengalaman memandu kereta mini memberikan satu kelainan terutama semasa berkonvoi dengan ahli-ahli kelab yang berkongsi minat yang sama. Secara berseloroh, Saidin berkata, kereta mini diibaratkan seperti pasangan yang bermadu, iaitu isteri muda yang sentiasa dicemburui setiap masa.
"Seperti juga kereta lain, kereta mini ini hanya meragam jika penyelenggaraannya tidak mengikut masa yang ditetapkan. Dalam konteks yang lain, ruang bagasi yang terhad secara tidak langsung melatih pemiliknya untuk berfikiran ekonomik bagi memastikan penyimpanan barang-barang di dalam kereta dilakukan secara sistematik. Apa yang membanggakan, aktiviti TMOC pernah tersiar dalam Mini World, edisi April 2009 yang merupakan majalah antarabangsa yang diterbitkan di England," katanya panjang lebar kepada Kosmo!.
Menurutnya, kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh TMOC bukan hanya merapatkan silaturahim sesama ahli, tetapi juga dapat mendedahkan mereka dengan produk-produk pelancongan di sepanjang perjalanan ke satu-satu destinasi, selain menjadi tarikan kepada pelancong asing yang bercuti di negara ini.
Beliau menambah, nilai estetika kereta mini dapat dilihat pada keunikan reka bentuknya yang memberi kelebihan kepada model tersebut sehingga ia kekal diminati, meskipun mengalami revolusi teknologi dengan keluaran model terkini iaitu kereta mini BMW edisi 2001.
Jika Saidin memupuk minat dengan kereta mini kesayangannya, bagaimana pula dengan anda? Barangkali minat yang mendalam Saidin tidak mampu digambarkan dengan kata-kata ataupun tulisan, hanya yang empunya diri tahu menilainya.
berbatov tak tidur lena
Berbatov tak tidur lena
MANCHESTER - Dimitar Berbatov mengakui, dia gagal dalam musim pertamanya bersama Manchester United.
"Pada musim pertama, saya kecewa dengan diri sendiri. Saya perlu katakan begitu kerana tekanan cukup besar.
"Bagaimanapun, saya banyak membantu menghasilkan jaringan tetapi mereka (penyokong) mahu saya menjaringkan banyak gol," kata Berbatov.
Berbatov berkata, segalanya menjadi lebih buruk musim lalu sejak kritikan terhadapnya bermula sehingga menyebabkan dia tidak lena tidur.
"Kadang-kadang saya tak tahu apa salah saya. Mungkin tiada nasib atau mungkin diri saya sendiri. Bila malam saya tidak dapat tidur dan memikirkan saya perlu lakukan sesuatu," jelasnya.
Bekas penyerang Bayer Leverkusen itu turut mendedahkan dirinya sukar untuk mengawal rasa gemuruhnya.
"Memang rasa gemuruh saya cukup teruk dan itu sebenarnya tanggungja- wab saya sendiri untuk mengatasinya," kata Berbatov yang menjaringkan 16 gol sepanjang 53 penampilan bersama United sejak berhijrah daripada Tottenham Hotspur awal musim lalu.
|
|
Kini selepas dua bulan dalam musim keduanya bersama United, Berbatov masih gagal menambah hati semua penyokong The Red Devils.
Ini kerana ada daripada mereka me- nganggap Berbatov seorang penyerang yang bijak dan ada yang menyifatkan- nya penyerang yang malas.
"Saya mahu bersikap jujur. Kritikan tersebut menjejaskan saya tetapi biarlah, ia tidak dibuat secara negatif.
"Ini cara saya bermain. Saya tidak banyak berlari ada sebabnya tetapi saya sentiasa pantas menghidu peluang dan sentiasa bersedia," jelasnya.
Berbatov menjaringkan gol keduanya musim ini selepas membantu United menewaskan Stoke City 2-0 pada aksi Liga Perdana England minggu lalu.
Awal pagi esok, United bakal menanti kunjungan Sunderland di Old Trafford dengan matlamat memburu tiga mata penuh bagi memastikan mereka terus kekal di tangga teratas liga. - Agensi
Teh tarik punca sakit jantung
Teh tarik punca sakit jantung
|
|
KUALA LUMPUR - Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.
Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Oteh Maskon berkata, kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok ditambah pula dengan sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.
Beliau berkata, dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.
"Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk 'Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ia Berakhir' di PPUKM di sini semalam.
Harimau Muda ikat Thailand
MALAYSIA nyaris memalukan Thailand pada aksi pembukaan Kejohanan Bola Sepak Jempu- tan Pra-Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos petang semalam.Jaringan penyamaan Sarach Yooyen pada minit ke-89 berjaya menyelamatkan maruah Thailand untuk menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.
Dibarisi gabungan pemain B-20 dan B-18 dari skuad Harimau Muda, Malaysia menguasai babak awal permainan dan memperoleh gol pertama pada minit ke-38 menerusi jaringan Khairul Izuan Rosli.
Thailand berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi sepakan penalti Apisit Khamwang.
Malaysia bagaimanapun kembali mendahului 2-1 pada minit ke-76 apabila Wan Zack Haikal bijak memperdayakan penjaga gol Thailand dengan sepakan mengelirukan dari sebelah kanan kotak penalti.
Ketika kemenangan hampir pasti menjadi milik anak-anak buah Ong Kim Swee, Thailand berjaya juga menyamakan kedudukan pada minit ke-89 menerusi penyudah kemas Sarach yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Zamir Sela- mat.
Malaysia tidak berputus asa mencari gol kemenangan dan usaha itu hampir berjaya pada masa kecederaan tetapi rembatan kencang Gary Steven Robat dari luar kotak penalti sekadar menggegar palang gol Thailand.
LONDON - Sepasang suami isteri dari Britain, Dave, 42, dan Hazel McCabe, 37, pulang selepas empat tahun mengelilingi dunia bersama seorang anak mereka yang dibesarkan di dalam bot, lapor sebuah akhbar semalam. Pelayaran mereka terhenti buat sementara di Pulau St. Martin, Puerto Rico kerana isteri Dave mahu melahirkan anak perempuan.
Pelayaran itu kemudian disambung bersama anak perempuan mereka, Katie yang kini sudah berusia empat tahun.Pasangan itu belayar sejauh 22,503 kilometer selepas mereka berkahwin pada 2005 di Britain."Detik yang paling menarik ialah semasa kami berada di Lautan Atlantik apabila bot kami diiringi oleh beberapa ikan lumba-lumba," kata Dave yang merancang membuka perniagaan membina bot. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)