Harimau Muda ikat Thailand
MALAYSIA nyaris memalukan Thailand pada aksi pembukaan Kejohanan Bola Sepak Jempu- tan Pra-Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos petang semalam.Jaringan penyamaan Sarach Yooyen pada minit ke-89 berjaya menyelamatkan maruah Thailand untuk menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.
Dibarisi gabungan pemain B-20 dan B-18 dari skuad Harimau Muda, Malaysia menguasai babak awal permainan dan memperoleh gol pertama pada minit ke-38 menerusi jaringan Khairul Izuan Rosli.
Thailand berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi sepakan penalti Apisit Khamwang.
Malaysia bagaimanapun kembali mendahului 2-1 pada minit ke-76 apabila Wan Zack Haikal bijak memperdayakan penjaga gol Thailand dengan sepakan mengelirukan dari sebelah kanan kotak penalti.
Ketika kemenangan hampir pasti menjadi milik anak-anak buah Ong Kim Swee, Thailand berjaya juga menyamakan kedudukan pada minit ke-89 menerusi penyudah kemas Sarach yang menewaskan penjaga gol Malaysia, Zamir Sela- mat.
Malaysia tidak berputus asa mencari gol kemenangan dan usaha itu hampir berjaya pada masa kecederaan tetapi rembatan kencang Gary Steven Robat dari luar kotak penalti sekadar menggegar palang gol Thailand.
No comments:
Post a Comment