Petua Nenek Kebayan (Petua Tradisional)
Menyejukkan Air Panas Air Akuarium Tahan Lama Khasiat Kepala Arnab Khasiat Daging Arnab
Cara untuk menyejukkan air panas dengan cepat dan mudah, masukkan sebatang sudu besi ke dalamnya. Sebelum ini anda kerapkali menukar air di akuarium kerana airnya cepat keruh? Untuk menjernihkannya, masukkan seketul arang Jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
1. Dapat mengempiskan perut.
2. Melawas kencing.
Hilangkan Bau Hanyir Ayam Hilangkan Hanyir Hati Ayam Melembutkan Ayam Mengelakkan Minyak Memercik
Daging ayam yang di simpan lama akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Kesegarannya juga akan berkurangan. Cara untuk menghilangkan baunya ialah :
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Gaulkan ayam itu dengan sedikit tepung gandum. Perapkan seketika.
3. Kemudian bersihkan ayam itu dengan air. Lemaknya akan keluar dan bau hanyirnya akan tiada lagi.
(2)Hiriskan dua ulas bawang putih. Sewaktu menggoreng ayam, masukkan bawang putih tadi.
Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengan air, gaulkan pula dengan gula pasir. Perapkan selama 10 minit
1. Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.
2. Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.
3. Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
4. Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu.
5. Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.
1. Ketika memanas minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur dan masukkan ayam yang hendak digoreng.
2. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian barulah menggoreng
Hilangkan Daki Di Badan
Melansingkan Badan
1. Rendam segenggam beras selama satu jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
2. Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.
1. Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.
2. Tumbuk segenggam cekur manis. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air itu 2 kali sehari.
No comments:
Post a Comment